CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 7, 2011

Gadis Kampung.....

aku hanyalah seorang gadis kampung.....
yang punya cita-cita dan impian yang mengunung....
untuk menjadi yang lebih baik dan seterusnya yang 
terbaik dalam apa jua perkara...... 


aku hanyalah seorang gadis kampung.....
yang punya minat dan perasaan yang mendalam untuk 
mempelajari dan memperbaiki diri.....
menjernihkan semua yang keruh....
dan menjadikan hidup ini tak ubah medan perang 
untuk ku berjuang habis-habisan.... 


aku hanyalah seorang gadis kampung....
yang tak punya kecantikan dan keberanian seperti gadis moden....
yang tak punya harta dan wang ringgit berjuta untuk ku habiskan.....
dan juga tak punya nilai dan etika yang sedikit.....


namun bagiku gadis kampung....
kemodenan tak selalunya menang....
harta dan wang ringgit yang berjuta tak menjamin kebahagiaan....
kecantikan tak semestinya berpanjangan...
serta nilai dan etika yang tinggi menjamin nilai pemikiran yang jauh lebih hebat dari si moden.....


aku hanyalah gadis kampung....
berjuang di medan dunia,
bukan untuk yang sementara tetapi untuk yang azali jua.... 


akhirnya aku gadis kampung....
sedar dunia moden hanya sementara.....
kerana yang hidup dan ada hanya yang lama sahaja......


jadi aku si gadis kampung....
menjadikan kehidupan moden hanya dimentaliti sahaja,
tanpa merosakkan kehidupan yang lama.....
hidup rukun dan aman dengan yang lama untuk selamanya.....