CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 4, 2011

Lagi hina dari seekor anjing....

Ari tu aku ade lar terbaca satu blog nie....berkenaan ape pangkat nyer orang yang xsolat nie dimata Allah S.W.T...... sape-sape yang baca mesti rasa yang memang hina nyer orang yang xsolat nie.....  


Meh aku ceritakan serba-serbi daripada ape yang aku baca.... 


Terdapat seorang lelaki pada zaman Nabi Allah Musa yang tidak mempunyai anak.....lalu beliau bernazar untuk meminum air kencing anjing hitam sekiranya Allah menunaikan hajat beliau itu.....dengan izin Allah, hajat lelaki itu pun tercapai kerana Allah telah mengurniakan lelaki itu seorang zuriat.....namun lelaki itu bimbang kerana beliau telah membuat sebuah nazar dan beliau bimbang untuk meneruskan nazar itu.....lalu pergilah beliau berjumpa dengan Nabi Allah Musa untuk bertanyakan perihal tersebut....


Syariat zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat zaman Nabi Muhammad kerana pada zaman Nabi Musa, sesiapa yang bernazar tidak kira nazar itu adalah sesuatu yang haram, mereka kena tetap melakukannya.....berbeza dengan syariat pada zaman Nabi Muhammad di mana kalau kita bernazar dan nazar itu sesuatu yang haram, maka kita xperlu melakukannya.....


Sesampainya beliau di rumah Nabi Allah Musa, beliau pun menceritakan segala masalah yang dihadapi.....lalu Nabi Allah Musa menjawab bahawa lelaki itu tidak perlu untuk meminum air kencing anjing hitam namun akan minum air yang lebih hina daripada air kencing anjing hitam.....gembiralah lelaki itu dan bertanyakan pada Nabi Allah Musa akan perihal air itu....lalu Nabi Allah Musa pun berkata bahwa beliau mesti meminum air bumbung dari orang yang tidak solat....pada keesokkan harinya pergilah lelaki tersebut memunaikan nazar beliau..... 


Lihatlah kawan-kawan betapa hina nyer orang yang tidak bersolat ini sehingga darjatnya diturunkan malah lebih hina daripada seekor anjing....itu baru minum air bumbung orang yang xsolat....bagaimana pulak ngan yang makan dari air tangan orang yang xsolat.....Masya-Allah besarnya dosa..... 


Aku bukan nak kata yang aku baik tapi marilah kita sama-sama beringat.....marilah kita sama-sama menjadi yang lebih baik dari kalangan yang xbaik....berubah kepada yang positif itu adalah sesuatu yang bagus....jadi marilah kita sama-sama pastikan yang solat itu xsewenang-wenangnya ditinggalkan kerana kita bukan sahaja rugi malah kita adalah manusia yang lebih hina daripada seekor anjing.....

0 comments: