CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 12, 2012

Panahan Kuasa.....

Kau orang besar,
Kau punya kuasa,
Kau punya kekayaan,
Tapi mahukah kau jatuhkan ego demi kaum-kaum yang tidak sekufu?

Kau orang besar, 
Kerja dibuat untuk kau,
Semua perkara dilakukan atas arahan kau,
Tapi di mana kau bila orang minta pertolongan?


Wahai orang besar,
Kau terlampau selesa dikedudukan kau,
Sampai kau lupa siapa yang lebih berkuasa....


Mahukah kau, orang besar, ditarik semua kesenangan?
Mahukah kau, orang besar, ditarik segala kuasa?
Mahukah kau, orang besar, dijatuhkan oleh yang Maha-Berkuasa?

Saat ajal kau tiba wahai orang besar, kau tidak mampu untuk berkata apa,
Hanya amalan akhirat diambil kira,
Mampukah kau melawan takdir-Nya?
Dan saat Izrail mengetuk pintu ajalmu, mampukah kau orang besar mengatakan tidak kepadanya? 


Tuhanmu Maha Adil,
Doa menjadi senjata menjatuhkanmu,
Tidak perlu berperang, gaduh segala
Allah itu Maha-Adil dan karma itu sentiasa ada.....

Bukalah minda wahai orang besar,
Jangan kau perjudikan nasib orang lai untuk kesenangan diri,
Kelak makan diri sendiri..... 

Assalammualaikum....

0 comments: